Zikir Penghapus Dosa Sebanyak Buih Dilaut
One Day One Hadis# حديث في اليوم # satu hari satu hadis #
Selasa,11 Safar 1447H/ 5 Agustus 2025
Zikir Penghapus Dosa Sebanyak Buih Dilaut
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ سَبَّحَ اللَّهَ فِي دُبُرِ كُلِّ صَلَاةٍ ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ وَحَمِدَ اللَّهَ ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ وَكَبَّرَ اللَّهَ ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ فَتْلِكَ تِسْعَةٌ وَتِسْعُونَ وَقَالَ تَمَامَ الْمِائَةِ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ غُفِرَتْ خَطَايَاهُ وَإِنْ كَانَتْ مِثْلَ زَبَدِ الْبَحْرِ. مسلم
Dari Abu Hurairah RA dari Rasulullah SAW baginda bersabda: Barangsiapa bertasbih kepada Allah setelah shalat sebanyak tiga puluh tiga kali, dan bertahmid kepada Allah tiga puluh tiga kali, dan bertakbir kepada Allah tiga puluh tiga kali, hingga semuanya berjumlah sembilan puluh sembilan, dan baginda menambah dan kesempurnaan seratus adalah membaca Laa ilaaha illallah wahdahu laa syariika lahu, lahul mulku walahul walahul hamdu wahuwa alaa kulli syaiin qadiir, maka kesalahannya akan diampunkan walau sebanyak buih di lautan. (HR Muslim No: 939) Status: Hadis Sahih
Faidah Hadis:
1. Antara amalan yang digalakkan selepas solat fardhu ialah membaca Tasbih (Subhaanallah) sebanyak 33 kali, Tahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan Takbir (Allahu Akbar) sebanyak 33 kali.
2. Bagi menjadikan zikir tersebut sempurna, zikir terakhir (ke 100) dibaca sekali:
لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
3. Sesiapa yang menyempurnakan zikir di atas dengan ikhlas, dosanya akan diampunkan walaupun sebanyak buih di lautan (dosa kecil).
4. Zikir ini merupakan salah satu bentuk kesyukuran atas nikmat solat dan kehidupan. Zikir ini juga berfungsi untuk membersihkan hati dan memperkukuh hubungan dengan Allah.
5. Luasnya Rahmat Allah ke atas hamba-hambanya. Amalan yang amat mudah dan ringan untuk dilakukan, tetapi mempunyai ganjaran yang sangat besar. Berusahalah untuk istiqamah dengan zikir selepas solat fardhu, semoga ia menjadi penghapus dosa.
____